Salam..
Bukan main lama rasa tak update benda nih. Tak lah sibuk pun.
Tapi biaselah, takda benda nak tulis atau luahkan sejak kebelakangan nih. *bajet gila
Haa,ni tengah ada idea nak bagi pandangan.
Secara teori nya, ada 2 pandangan kita sebagai manusia terhadap orang lain.Pandangan baik dan pandangan buruk.-aku memandai je buat teori nih,ada salah, betulkan la ye :) -
Agak korang semua, yang mana lebih kita tengok,buruk ke baik?
Mungkin ada yang kata baik,ada jugak yang kata buruk.
Korang boleh je nak bagi pandangan korang,memang la. Tu hak korang kan.
Haa, ni aku nak cerita sikit apa yang aku belajar daripada mak aku.
Masa aku menengah rendah tingkatan 1, aku baca surat khabar.
Masa tu hangat pasal ada satu famili ni kena rompak dan bini dia kena rogol.
Aku ikut kisah tu sampai pesalah tu dijatuhkan hukuman.
Lepas hukuman diputuskan, aku lahirkan rasa tak puas hati sorang2.
Mak aku dengar pulak. Nak tau apa aku rungutkan? haha ;D
'Hukuman ni mana cukup(30 sebatan). Potong je la anu dia. Baru dia tak merogol lagi. Orang jahat macam ni perlu ajar sikit. Suka2 hati je rogol orang' *rungutan aku ni sebenarnya diselangi dengan maki hamun. haha
Kalau korang jadi aku pun korang rasa marah beb.
Bayangkan rogol bini orang!!! Kalau aku,mahu aku dah patahkan sendiri 'awang kenit' dia. *saja guna nama lain. haha.
sekali tengok dah tau perit nya. |
ikut lah cakap mak ye :)) |
Mak aku dengan tenang memberi respons.
"Along,kau tak tau cerita sebenar. Kau cuma tahu melalui paper je. Kau tak de kat tempat kejadian pun. Kau pun tak layak nak jatuhkan hukuman. Hukuman dia tu kan memang dah dirancang oleh DIA. Lagipun, DIA maha tahu segalanya. Siapalah kita nak MENILAI orang."
gambar sekadar hiasan. |
Aku fikir2 balik, memang betullah. Siapa kita nak cakap orang tu baik ke, jahat ke.
Manalah tau perogol tu dulu memang banyak buat kebaikan, tapi satu masa ni tuhan uji dia sampai dia buat kejahatan merogol orang.
Oleh kerana satu kejahatan yang dia buat, kita dah cop dia orang jahat. Korang tak tau dan tak kira pulak dulu dia banyak buat benda amal kebajikan nih.
Analogi nya, kalau sorang ni buat 9 kebaikan,pastu dia buat 1 benda jahat, korang nak anggap dia ni jahat ke? Kalau seseorang ni buat 9 kejahatan, pastu dia buat 1 kebaikan, korang nak anggap dia apa? baik? padahal dia dah buat banyak benda jahat nih.
tengok la diri sendiri ye. |
Secara peribadi nya, aku rasa lebih baik tengok diri kita dulu la.
Kita je lah yang layak nilai diri kita ni baik ke, jahat ke.
Satu lagi yang aku belajar dari mak aku, kita kalau tahu orang tu buat kejahatan, kita tak payah lah benci 'dia yang buat benda jahat tuh', tapi benci la kejahatan yang dia dah buat.
Kalau kita benci orang yang buat jahat tuh, satu masa mungkin Allah boleh letakkan kita pulak buat benda jahat tu. Siapa tahu, DIA maha kuasa kan.
Sampai situ lah aku rasa coretan aku kali ni. Kalau ada pandangan berbeza, silalah bagi jangan segan. hee :))
Blogwalking :]
ReplyDeletekhay.
ReplyDeletethats y ada hari akhirat bro.
sebab dunia memang tak pernah adil.
Allah itu Maha Berkuasa :)